Selasa, 16 Disember 2008
METRA SYAHRIL MOHAMED metra.mohamed@utusan.com.my
KEHILANGAN Kitab Damai membuatkan penduduk kota Baghdad menjadi huru-hara.
SELEPAS teater kanak-kanak berjudul Siti Di Alam Fantasi, Ali Baba dan Aladdin, Istana Budaya (IB) kembali mewarnai dunia fantasi dengan mementaskan teater muzikal berjudul Sinbad.
Dipetik daripada legenda pelayar tujuh lautan menerusi Kisah 1001 Malam, pementasan Sinbad selama sembilan hari bermula 2 hingga 13 Disember lalu itu sememangnya cukup mengagumkan.
Walaupun mempertaruhkan bakat 80 kanak-kanak dengan pelakon paling muda berusia lima tahun, kesemua mereka harus dipuji kerana tidak kaku ketika berada di atas pentas.
Ditambah dengan penampilan Raja Azura sebagai Dewi Bencana, pembawaan wataknya berjaya menggamatkan suasana Panggung Sari di IB, Kuala Lumpur sewaktu pementasannya berlangsung.
Selain Dewi Bencana, Sinbad yang diterajui Muhammad Huraimi Hilman Mohd. Husri dan beberapa watak utama, watak-watak lain yang dapat menangkap perhatian penonton adalah si tikus bernama Titi serta ‘buah hatinya’, Syakula, seekor kucing gemuk.
Tidak kurang juga enam kanak-kanak pembawa watak tangan Dewi Bencana serta aksi kumpulan monyet yang tanpa disangka mampu membawakan tarian shuffle.
Begitu juga kelompok kanak-kanak yang menjadi penduduk Baghdad, pengawal dan pengikut, kelasi kapal serta watak obor-obor.
Meskipun hanya watak sampingan dan beraksi di pentas untuk beberapa minit sahaja, semuanya dilakonkan dengan penuh komited dan profesional.
Kanak-kanak ini dipilih daripada seramai 300 orang yang menyertai sesi uji bakat yang diadakan tidak lama dahulu.
Melalui jumlah itu, ia diperkecilkan kepada 200 orang untuk menyertai bengkel dan diuji sekali lagi sehingga 80 orang telah dipilih di peringkat akhir.
Pujian seterusnya harus diberikan kepada pereka set yang berjaya membawa penonton menyelami alam fantasi Sinbad.
Daripada kota Baghdad yang digambarkan penuh warna-warni, rekaan set kapal pelayaran Sinbad dan negeri Maya Bencana, tempat di mana watak itu ‘bersemayam’, amat mengasyikkan.
Sungguhpun begitu, di sebalik khayalan fantasi, Sinbad tidak lupa menyelitkan unsur nasihat dan semangat persahabatan yang sesuai diterapkan kepada kanak-kanak sebelum mereka menempuh alam dewasa.
Nilai kerjasama, kejujuran dan saling sokong-menyokong, merupakan amalan yang bagaikan sudah hilang dalam norma kehidupan masyarakat ketika ini.
Justeru, ia perlu dihidupkan semula dan semuanya bermula daripada penerapan terhadap diri kanak-kanak.
Sikap bermusuhan juga harus diketepikan dan ia jelas diperlihatkan melalui hubungan watak Titi dan Syakula.
Umum mengetahui, secara tradisinya, tikus adalah makanan kepada kucing tetapi melalui Sinbad, sikap Syakula yang sering mengimpikan untuk memakan Titi secara halus terkikis dek penangan kasih sayang.
Itu belum lagi dilihat nilai menerusi persahabatan antara Sinbad dan Putera Zariq serta keberanian hero terbabit menghadapi pelbagai rintangan.
Sinbad diarahkan oleh A. Aris A. Kadir dengan tenaga produksi membabitkan Siti Jasmina Ibrahim selaku penulis skrip, Badrul Zaman Abdul Jalil (pengarah artistik), Ku Zahir Ku Ahmad (pengarah muzik), Abdul Mutalif Abu Bakar (koreografer) dan Jamaluddin Md. Noor (pengarah multimedia dan kesan khas).
Menurut A. Aris, memutuskan pemilihan pelakon sememangnya adalah suatu kerja sukar kerana ramai yang berbakat.
“Selepas 80 orang kanak-kanak dipilih, mereka kemudiannya menjalani latihan asas dan daripada situ, saya mengenalpasti siapa yang harus memegang watak-watak tertentu.
“Proses latihan memakan masa dua bulan dan percayalah, ia sebenarnya tidak mencukupi.
“Mujurlah saya mendapat pelakon profesional iaitu Raja Azura yang cepat serasi dengan kanak-kanak berkenaan,’’ katanya.
Sinopsis Sinbad
Teater muzikal Sinbad mengisahkan tentang pelayaran seorang pelayar terkenal bernama Sinbad yang bijaksana dan penuh keberanian.
Dia mempunyai hubungan yang akrab dengan seorang anak raja bernama Putera Zariq, namun mencemburui anak raja itu kerana memiliki kemewahan serta kemampuan memperolehi apa sahaja yang diinginkan.
Sebagai ‘makhluk’ yang suka memporak-perandakan manusia, Dewi Bencana bercadang untuk mempermainkan Sinbad.
Angkaranya, Sinbad telah dituduh mencuri Kitab Damai kepunyaan Raja Mikraj.
Dihukum penjara dan bakal dipenggal kepalanya, Sinbad tidak mengaku bersalah serta memberitahu bahawa Kitab Damai dicuri oleh Dewi Bencana.
Atas rasa persahabatan, Putera Zariq mempercayai kata-kata Sinbad.
Dia dengan rela menggantikan tempat Sinbad agar kawannya itu dapat dibebaskan untuk mencari semula Kitab Damai.
Puteri Nursaibah, sahabat Putera Zariq, dalam diam-diam menyusup masuk ke kapal untuk melihat sendiri pelayaran Sinbad.
Sepanjang pelayaran itu, Sinbad dan anak kapalnya melalui pelbagai cabaran.
Apabila sampai di Maya Bencana, kejujuran Sinbad diuji oleh Dewi Bencana sehingga gagal memperoleh Kitab Damai.
Namun, sekembalinya Sinbad ke kota Baghdad, dia sudah bersedia untuk menjalani hukuman lantaran kegagalan mendapatkan kitab itu.
Di hari hukuman, Dewi Bencana secara tiba-tiba muncul dan menyerahkan Kitab Damai lantaran kesetiaan Sinbad terhadap sahabatnya.
Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN fadzilah.bahar@utusan.com.my
Sari Yanti sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri.
USIA perkenalan yang agak lama, membuatkan hati merpati dua sejoli ini semakin lama semakin terpaut. Tambahan pula, lelaki yang bakal menjadi pelindung si comel ini merupakan kenalan keluarga sejak sekian lama.
Menginjak ke usia 24 tahun bagi pelakon drama bersiri Kisah Kaisara, Sari Yanti, keputusannya untuk menamatkan zaman bujang pada usia yang agak muda merupakan tindakan terbaik buat dirinya.
Memilih 16 Januari ini sebagai tarikh pernikahan dengan jejak pilihan hati, Mohd. Eddy Casmady Che Hussin, 28, sebelum diikuti majlis persandingan pada keesokan harinya.
“Saya tak menyesal berkahwin muda kerana sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri. Kalau kita ambil masa lagi lama pun sama juga, lambat laun saya akan menempuh juga perkara itu.
“Jadi setelah memikirkan sedalam-dalamnya, akhirnya kami mencapai kata sepakat untuk hidup bersama,” kata pelakon berasal dari Kuala Pilih, Negeri Sembilan ini.
Menyambung perbualan, kata gadis yang dilahirkan pada 9 November 1984 ini, sikap bertanggungjawab dan terbuka membuatkan dia jatuh cinta pada Eddy.
“Sepanjang kami berkawan, saya dapati dia sangat memahami dan tak pernah menghalang minat saya.
“Dia banyak membantu menyokong dan memberi nasihat kepada ketika saya memerlukan kehadirannya. Saya sentiasa senang bersama dia,” katanya bercerita mengenai bakal suaminya itu.
Jelas pemilik nama sebenar, Sari Yanti Mohamad Nazari ini, perbezaan usia empat tahun antara mereka berdua sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada hubungan mereka.
“Dia lebih matang dan boleh membantu saya dalam banyak perkara. Ini sudah tentu memudahkan lagi hubungan kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, ramai juga terkejut setelah mengetahui gadis comel ini ingin mendirikan rumah tangga. Ini kerana sebelum ini dia tidak pernah dihambat gosip percintaan seperti rakan artis yang lain.
Sambil ketawa kecil kata Sari; “Mengapa saya perlu menghebohkan kisah cinta saya. Bagi saya percintaan adalah hak peribadi dan tak perlu dikongsi dengan semua orang. Sebab itu, apabila saya mengumumkan mahu berkahwin ramai wartawan yang terkejut.”
Tidak takut hilang populariti
Mungkin bagi sesetengah artis, mendirikan rumah tangga pada usia muda bakal menyebabkan mereka kehilangan satu nikmat yang amat berharga iaitu populariti.
Namun, bagi Sari semua itu tidak penting, dan berkongsi hidup dengan insan tersayang lebih memberi makna kepada dirinya.
”Saya berlakon kerana minat dan bukan kerana populariti. Jadi saya tak kisah sekiranya populariti hilang dan sebagainya. Saya pun manusia biasa yang memerlukan teman untuk bersama ketika susah dan senang,” jelas model iklan Palmolive, Maxis, Kotex dan Sunsilk ini.
Tambah Sari, masyarakat kini semakin memahami dan boleh menerima seseorang artis itu meskipun sudah berkahwin.
“Saya percaya masyarakat kita sekarang semakin bijak, mereka bukan lagi minat artis kerana cantik dan solo. Tapi mereka meminati artis itu kerana bakat yang ada pada artis tersebut,” katanya lagi.
Cerita perkahwinan
Pemenang CLEO’s Cover Girl Search 2005 ini juga mengakui majlis perkahwinannya nanti tidak diadakan secara besar-besaran, memadailah sekadar sederhana.
Enggan berlebih-lebihan serta membazir kata Sari; “Saya buat biasa sahaja dan taklah besar sangat. Cukup untuk saudara mara dan rakan taulan datang sudah memadai.”
Bercerita lanjut mengenai cahaya mata yang ingin dimiliki sambil tersenyum manis kata Sari: “Saya tak fikir nak anak berapa, saya terima seadanya. Kalau selepas kahwin terus dapat anak lagi bagus”.
Sama seperti pasangan yang lain, Sari juga mengimpikan untuk berbulan madu di pulau-pulau peranginan.
“Saya suka pulau sebab ia mendamaikan dan berharap sangat dapat berbulan madu di pulau. Tapi kami masing-masing sibuk jadi belum terfikir lagi pulau mana yang jadi pilihan,” katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
• Wan Nor Azlin mencari sinar baru
• Cerita wanita cantik Spa Q 2
• Komedi yang bijak dan matang
• Tidak khuatir hilang populariti
• Hanya mahu berkongsi bakat
• Lakonan mantap kanak-kanak dalam Sinbad
• MERIAH...
• Diana Danielle sudah bebas
• Aznil mengacara AF?
• Pierre budak-budak lagi - David Teo
IKLAN@UTUSAN
Jom Gi Wayang
IKLAN@UTUSAN
KOMUNITI @ UTUSAN
Mencari Sharlinie
• Download poster Mencari Sharlinie.
• Ikuti perkembangan terkini pencarian Sharlinie
• Download fotofit suspek.
• Geng@Utusan -- Hantar gambar anda dan jom sertai teman-teman di Geng Online
IKLAN@UTUSAN
IKLAN Teks
web counter Add to Google
Diana sudah trauma
Petikan harian metro muka hadapan hari ini (12-12-2008). Nampaknya Diana danielle sudah berpatah arang berkerat rotan dengan syamsul datuk yusof . Tulah bro..dengan perempuan pun lu nak pukul dan belasah., kalau sudah geram sekalipun, lu boleh buat cara lain tanpa libatkan kecederaan fizikal...sekarang sapa susah..lu dan keluarga lu jugak yang susah....tak gentleman...apa pendapat anda ?
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe
Posted by amir at 12:31 PM 11 comments
Artis: Diana Danielle, Syamsul Haslam
WEndy Wong Peluk Islam
alhamdulillah..semoga nur islam terus kekal di hatinya sehingga akhir hayat
Wendy Wong peluk Islam bulan lalu
Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
ent_editor@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Pelakon dan penerbit berjaya, Wendy Wong (gambar) mengakui dirinya sudah memeluk agama Islam sejak 28 November lalu dan hadir ke pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini semalam untuk mendaftarkan pengislamannya.
Di pejabat berkenaan, Wendy yang ditemani penerbit, Habsah hassan diberi kad pengakuan keislaman dan surat sumpah oleh pihak Jawi bagi membolehkannya membuat kad pengenalan baru.
Menurut Wendy, dia telah melafazkan kalimah syahadah di rumah kediaman Habsah di Taman Tun Dr. Ismail, Damansara dengan disaksikan beberapa rakan dan sebahagian ahli keluarganya.
Bagaimanapun ketika dihubungi, Wendy memberitahu, dia belum bersedia untuk berkongsi banyak perkara mengenai pengislamannya.
Ia termasuklah merahsiakan nama barunya selepas memeluk agama berkenaan.
"Sudah ada nama yang saya pilih, tetapi biarlah jadi rahsia dulu. Saya masih lagi membiasakan diri dengan keadaan sekarang dan saya tahu banyak lagi benda yang saya kena belajar untuk mendalami Islam.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Posted by amir at 12:21 PM 2 comments
Artis: Berita artis
Wednesday, December 10, 2008
Gambar Shah Rukh Khan terima gelaran Datuk
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Posted by amir at 7:11 PM 6 comments
Artis: Gambar, gambar artis
Comelnyaa anak Melissa Saila
Kiut je kan gambar abak melissa saila ni, tgk sejuk je hati :-)
gambar kredit cheddyusof.com
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Posted by amir at 12:10 PM 6 comments
Artis: Gambar, Melissa Saila
Tuesday, December 09, 2008
Along, Zila jadi pengapit Majlis Mawi, Ikin
Sumber:www.murai.com.my
Sebelum ini Murai Batu ada menulis tentang Along Raja Lawak 2 dan tunangnya, Zila Seeron (AF4) yang dikatakan akan menjadi pengapit kepada pasangan mempelai, Mawi dan Ekin.
Akhirnya, persoalan yang menjadi tanda tanya ini dijawab Mawi dan Ekin sendiri sewaktu mereka melawat pejabat murai.com.my untuk menghantar kad jemputan pada 3 Disember lalu.
"Ya, memang benar Along dan Zila menjadi pengapit kami," ujar Mawi.
Apa sebab Mawi memilih mereka?
"Saya kenal Along sebelum kami jadi artis lagi. Dia kawan lama kami. Zila pun sangat rapat dengan Ekin. Kami memang berkawan," tambah Mawi lagi.
Selain menjawab pertanyaan kami, Mawi dan Ekin turut mengumumkan mengenai pengapit mereka di saluran interaktif popular di Astro iaitu @15.
Apapun, bagi mengukuhkan apa yang dijawab Mawi, krew murai.com.my terus menghubungi Along. Ketika dihubungi, Along dalam perjalanan ke Terengganu untuk mengadakan persembahan.
"Saya terkejut juga Mawi dan Ekin pilih kami. Soal bertuah itu bukan satu isu. Bagi saya, perkataan bertuah hanya sesuai untuk peminat Mawi yang terpilih saja. Mungkin saya terpilih sebab kami kawan lama. Kami pun dah berkawan masa dia jadi deejay di supermarket lagi," kata Along.
Tambah menarik, Along yang memanggil Mawi dengan nama Botak turut menjelaskan bahawa tunangnya, Zila, sangat rapat dengan Mawi.
"Sebenarnya, semasa kami bertunang, Mawi ada bagi bayangan tentang cerita pengapit ni. Tapi, pada mulanya saya ingat Mawi main-main saja. Sebab itulah sebelum ini saya belum berani cakap apa-apa.
"Setakat ini, saya dah blok jadual saya. Jadi, tak ada masalah untuk saya dan Zila untuk beri komitmen. Mengenai baju, kami diberitahu sudah ada sponsor.
"Semalam, Mawi ada ajak saya untuk berjumpa, nak bincang tentang hal ni. Tapi saya tak sempat lagi. Pun begitu, Zila sudah pergi berjumpanya.
"Apa pun, Mawi sudah memaklumkan bahawa kami perlu menjadi pengapit di semua lokasi persandingan," kata Along.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Posted by amir at 1:46 PM 6 comments
Artis: artis kahwin, Berita artis, Mawi
Syamsul, Diana berpisah ?
Syamsul, Diana ketika zaman bahagia
Syamsul, Diana berpisah gara-gara kehadiran orang ketiga
KUALA LUMPUR: Percintaan yang terjalin sejak tiga tahun lalu antara pe ngarah muda yang juga pelakon, Mohd Shamsul Datuk Yusof Haslam (Syamsul), 24, dengan pelakon jelita, Diana Danielle Danny Beeson (Diana), 17, berakhir baru-baru ini selepas tercetus pertelingkahan besar antara mereka.
Pertelingkahan dipercayai kerana kehadiran orang ketiga itu berlaku di rumah Diana di Ampang, pertengahan minggu lalu. Ia turut disaksikan ibunya, Norsiah Ramli, 45 dan anggota ke luarga lain.
Dalam pertelingkahan itu, Syamsul dikatakan mengasari Diana kerana tidak tahan diprovokasi pelakon itu sendiri. Keadaan itu menyebabkan seorang anggota keluarga Diana dipercayai membuat laporan polis.
Bagaimanapun, ketika dihubungi semalam, Norsiah tidak mahu mengulas me ngenai laporan itu. Menyentuh isu pertelingkahan antara Syamsul dan Diana, ibu tunggal itu menyifatkan ia masalah ‘budak-budak'.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Posted by amir at 1:36 PM 3 comments
Artis: Diana Danielle, Syamsul Haslam
Gambar Kahwin LYDIA IBTISAM
Tahniah diucapkan buat pelakon yang petah ni. Kahwin juga akhirnya dia...semoga berbahagia keanak cucu
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Posted by amir at 1:23 PM 3 comments
Artis: artis kahwin, Lydia Ibtisam
Pierre Andre maki David Teo
Pierre Andre maki David Teo!
Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my
Aktor dan pengarah muda lempar kata kesat terhadap penerbit filem
UMPAMA kacanglupakan kulit! Bagi Zubir, pepatah Melayu itu paling sesuaimenggambarkan sikap ego pelakon dan pengarah yang sedang meningkatnaik, Pierre Andre. Ini berikutan apabila baru-baru ini dia khabarnyamenghambur penerbit Metrowealth Movie Productions (MMP), David Teodengan kata kesat atau lebih tepat lagi tergamak memaki orang yang pernah bertanggungjawab menaikkan namanya dalam industri perfilemansehingga dia layak bergelar pengarah!
Cerita panas ini Zubir peroleh daripada seorang sumber yang bertugas disebalik tabir penerbitan filem ketika menghadiri post party FestivalFilem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF) 2008 di Pusat Dagangan DuniaPutra (PWTC) pada 29 November lalu.
Kata sumber itu, ketika Pierre sedang bercakap di telefon dengan David,dia mengeluarkan satu perkataan yang begitu ‘sakit’ didengar apabilaberlaku pergeseran pendapat antara mereka.
Audio Pierre kepada David lebih kurang begini: “I tak tahu nak panggilyou apa, David Teo atau xxxx (mencarut)!”. Ketika perbualan itu, Davidsempat membuka pembesar suara telefon bimbitnya dan perbualan merekaturut didengar beberapa krew yang berada bersama David ketika itu.
Tambah sumber berkenaan, hati Pierre panas apabila David mempersoalkankegagalannya menghadiri sesi script reading filem terbaru lakonannya,Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC). Berdasarkan senarai awal,selain Pierre turut membintangi filem ke-31 terbitan MMP itu ialah LanPet Pet, Cat Farish, Azlee Jaafar, Lisa Surihani, Zarina Zainoordin(Akademi Fantasia 2) , Dina (Malaysian Idol) dan Mas Muharni, bakatbaru yang diperkenalkan menerusi filem Wayang.
“Apabila berlakunya kejadian (maki) itu, David sedih kerana artis(Pierre) yang pernah cari makan dengan produksi miliknya, tergamakmengeluarkan kata cacian terhadapnya. David terkejut kerana selama diabergelar produser filem dan drama, belum pernah berlaku insiden seorangartis yang berkerja dalam produksi MMP, begitu berani dan sanggupmemaki penerbitnya sendiri!
“Selepas kejadian itu, aku dapat tahu David benar-benar kecewa dengansikap Pierre. Dia memberi ruang kepada Pierre berlakon dalam produksiJPBC berdasarkan persembahan cemerlangnya menerusi filem box-office MMPsebelum ini, Jangan Pandang Belakang, tapi ini balasan Pierreterhadapnya.
“Aku dapat tahu, David membuat keputusan menggugurkan nama Pierresebagai seorang pelakon utama JPBC. Siapa penggantinya, aku kurangpasti. Aku rasa lebih baik kau tanya orang MMP sendiri,” kata sumberitu lagi.
Zubir terus menghubungi MMP untuk mendapatkan kesahihan ceritaberkenaan dan alangkah terkejutnya Zubir apabila seorang jurucakap MMPmengakui bahawa apa yang berjaya Zubir teropong itu, satu kisah benar!
“Betul Zubir, Pierre pernah maki David dalam telefon. Perbualan merekaturut didengar beberapa krew lain. Pierre tak datang script readingJPBC, lalu David mempersoalkan kegagalannya itu kerana dia ada kontrakdengan kami. Disebabkan kejadian itu, kami terpaksa menggugurkan Pierredan tempatnya diganti Shaheizy Sam iaitu adik kepada aktres popular,Zizie Izette,” jelas jurucakap berkenaan, selain menambah JPBC sudahpun memulakan penggambaran mulai 26 November lalu.
Pun begitu, Zubir akan mendapatkan penjelasan Pierre mahupun Davidsendiri berhubung dakwaan berkenaan. Mudah-mudahan perkara yang kelatini dapat dijernihkan, setiap orang pasti tidak terlepas daripadamelakukan kesilapan sama ada secara sedar atau tidak.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Posted by amir at 1:12 PM 2 comments
Artis: Berita artis, gossip, Pierre Andre
Thursday, November 13, 2008
Gambar Ashraff dan bunga kembali ke Malaysia
Ashraff dan Bunga telah kembali ke Malaysia menaiki Jet Peribadi. mesti mahal nak sewa tu erk...
sumber:www.klubkidd.com
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe
Posted by amir at 11:16 AM 12 comments
Gambar ako mustapha dan tunangnya di ASK 2008
sumber: www.budiey.com
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe
CINTA bukan rahsia kedua-duanya sering menjadi usikan media, tetapi selepas enam tahun bercinta, pasangan ini kekal dengan keputusan untuk hidup bersendirian. Barangkali hidup sendiri lebih baik kepada Zamarul Hisyam mahupun buah hatinya, Diana Rafar.
Bukan tidak mempercayai institusi perkahwinan, sebaliknya baik Zamarul mahupun Diana tidak mahu terburu-buru mengejar impian mendirikan bahtera mahligai. Sekurang-kurangnya mereka mahu masa yang lebih panjang untuk saling mengenali hati budi masing-masing.
"Antara percintaan dan perkahwinan dua perkara yang berbeza. Bukan senang hendak berkahwin sebab itu kami perlu memikirkan banyak perkara sebelum membuat keputusan untuk berkahwin," kata si manis, Diana apabila ditanya mengenai kisah perkahwinannya dengan si bujang itu.
Menurut Diana melambatkan perkahwinan juga bukan kerana mereka takut dengan institusi berkenaan. Bukan juga kerana gentar dengan situasi semakin banyak pasangan artis bercerai berai akhir-akhir ini.
"Saya dan Zamarul masih seperti dulu lagi, tidak bermasam muka atau sebaliknya. Soal mendirikan rumah tangga siapa yang tidak mahu, tetapi sebelum kami ambil keputusan itu lebih baik difikirkan sedalam-dalam.

"Sebab bukan apa, tidak mahu timbul perkara yang tidak diingini kerana banyak komitmen perlu diberikan sebaik saja kita berkeluarga nanti," cerita aktres ini selepas diumumkan sebagai duta bagi produk kesihatan herba Al-Jabbar baru-baru ini.
Celah Diana lagi, masing-masing tidak sempat untuk memikirkan perancangan perkahwinan kerana sibuk dengan kerjaya yang diceburi.
Mana tidaknya, Zamarul sibuk berada di lokasi pengambaran manakala Diana pula bukan hanya berlakon tetapi perlu memikirkan perniagaan spa yang diceburinya itu.
"Kami memang sibuk. Jumpa pun tidak kerap tapi nasib baik ada telefon boleh kami bertanya khabar," ungkap adik kepada Linda Rafar ini.
Perkara ini turut diakui oleh Zamarul sendiri. Dia juga berpendapat hubungan itu tidak kemana sekiranya sudah tertulis jodohnya bersama Diana.
Janji Zamarul, mereka tidak akan menyorok sekiranya sudah memilih tarikh dan bersedia untuk diijab kabul. Paling utama ialah masing-masing perlu mencuri kesempatan yang ada untuk memilih waktu yang bersesuaian untuk berbincang hal ini.

Tapi apakan daya, disebabkan komitmen kerja begitu tinggi maka sehingga kini pasangan ini tidak berani untuk membuat atau mengumumkan sebarang keputusan.
"Kami tak mahu buat sesuatu dalam keadaan kelam kabut. Biarlah dahulukan kerjaya masing-masing biar benar-benar stabil kemudian melangkah ke fasa baru dalam kehidupan dalam suasana yang lebih baik," ungkap Zamarul pula.
Diana yang lebih banyak berceloteh soal peribadi berbanding Zamarul memberitahu, keluarga tidak pernah memaksa atau masuk campur berhubung perjalanan cinta mereka berdua.
Ini membuatkan mereka tiada tekanan untuk mempercepatkan perkahwinan memandangkan keluarga tidak pernah mendesak.
"Saya sangat bersyukur kerana keluarga saya dan Zamarul tidak pernah cuba paksa ataupun sebaliknya. Malah mereka seringkali memberi sokongan, yang penting perasaan anak mereka senang dan gembira bersama," jelas Diana sambil tersenyum manis.
Ungkap ringkas Zamarul yang turut menjadi duta bagi produk herba ini menganggap dirinya sentiasa memikirkan perkara positif dalam menjalinkan hubungannya bersama Diana.
Komitmen kerjaya
Dalam pada itu, sempat juga mengorek rahsia aktor ini adakah dia mula meletakkan harga tinggi setelah mencapai beberapa kejayaan menerusi lakonannya dan baru-baru ini dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi Anugerah Skrin 2008.

Sambil tersenyum manis, Zamarul lantas memberitahu, dia langsung tidak memikirkan soal bayaran sebaliknya setelah mendapat beberapa pengiktirafan, pelakon ini lebih senang untuk memilih watak yang lebih matang dan sesuai dengan dirinya.
"Kemenangan yang saya terima hanyalah anugerah semata-mata. Tidak timbul soal untuk meminta bayaran lebih," katanya yang baru selesai pengambaran drama Cikgu Vespa Merah dan Rebab Tak Bertali.
Sementara itu, Diana yang kini banyak memberi tumpuan untuk memperkukuhkan perniagaan spa miliknya yang baru dibuka lima bulan lalu, sanggup merehatkan diri dari dunia lakonan selama sembilan bulan.
Katanya, bukan mudah untuk membangunkan spa yang diberikan nama D Lugano, berlokasi di Seksyen 13 Shah Alam.
"Saya terpaksa korbankan masa berlakon semata-mata untuk membangunkan perniagaan ini. Memang ini cita-cita saya dari dulu lagi jadi saya harus lakukan yang terbaik untuk memastikan ia berjaya," jelas Diana yang memang gemar dengan penjualan barangan kecantikan.
Isnin, 15 Disember 2008
NAMA DAN MAKSUD
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan. | |||
B | Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung. | ||
C | Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh. | ||
D | Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain. | ||
E | Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka. | ||
F | Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja. | ||
G | Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun. | ||
H | Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi. | ||
I | Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis. | ||
J | Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas. | ||
K | Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri. | ||
L | Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa. | ||
M | Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala. | ||
N | Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri. | ||
O | Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman. | ||
P | Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros. | ||
Q | Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi. | ||
R | Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah. | ||
S | Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak. | ||
T | Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah. | ||
U | Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai. | ||
V | Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang. | ||
W | Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan. | ||
X | Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya. | ||
Y | Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat. | ||
Z | Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri. |